NAMA KURSUS DAN KOD BIDANG :VK08 Diploma Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan)
TEMPOH PENGAJIAN : 2 TAHUN 6 BULAN
SINOPSIS PROGRAM
Program selama 3 tahun ini disediakan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran dalam teknologi mekanikal dengan pengkhususan kepada bidang berkaitan bahan seperti Program berorientasikan kemahiran ini dijangka akan menyediakan graduan yang berkebolehan dan profesional dalam menguasai pelbagai aspek teori dan amali khususnya dalam bidang bahan. Antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari adalah merangkumi konsep bahan, teknologi pemprosesan dan pengeluaran produk berasaskan bahan seramik termaju, polimer, komposit dan juga teknologi fabrikasi semikonduktor. Para pelajar juga akan didedahkan kepada rekabentuk bahan dan produk, rekabentuk dan fabrikasi acuan, penyelenggaraan mesin dan asas baikpulih komponen, metrologi dan pengukuran, kawalan dan jaminan kualiti produk serta pengujian/pencirian dan analisa bahan dan produk. Di samping itu, para pelajar bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan teknikal, malah mereka akan didedahkan dengan kemahiran insaniah bagi menyediakan bakal graduan sebelum memasuki alam pekerjaan atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi samada di dalam mahupun ke luar negara.
PROSPEK KERJAYA
Bidang Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan) mempunyai prospek kerjaya yang sangat luas dan stabil, terutama dalam industri pembuatan, kejuruteraan, dan penyelidikan bahan. Program ini melatih pelajar dalam sifat, struktur, dan pemprosesan pelbagai bahan kejuruteraan — termasuk logam, polimer, seramik, dan komposit — serta cara bahan ini digunakan untuk menghasilkan produk industri. Antara jawatan yang sesuai adalah • Juruteknik Mekanikal, Juruteknik Pemprosesan / Pengeluaran, Pegawai Kawalan Kualiti (QC Inspector), Penolong Jurutera Bahan / Mekanikal, Penyelia Pengeluaran / Maintenance Supervisor, Pembantu Penyelidik (R&D Assistant), Product Development Technician, Testing & Inspection Officer, Process Improvement Officer dan lain-lain bidang yang berkaitan.
KEMUDAHAN LATIHAN
Makmal Ujian
Bilik Kuliah
Makmal Komputer
Bilik Perbincangan
Peralatan Mengajar
Ruang Bengkel
Xrd (X-ray Diffraction)
Xrf (X-ray Fluorescence)