NAMA KURSUS DAN KOD BIDANG : DIPLOMA TEKNOLOGI POLIMER DAN MC-100-4:2012 -TEKNOLOGI PENGELUARAN PLASTIK
TEMPOH PENGAJIAN : 1 TAHUN 6 BULAN : 1 TAHUN LATIHAN DI ADTEC & 6 BULAN LATIHAN INDUSTRI
SINOPSIS PROGRAM
Bidang Teknologi Polimer menumpukan pembelajaran mengenai bahan polimer dan pembuatan produk polimer. Kandungan pembelajaran melibatkan teori dan amali yang meliputi rekabentuk produk dan perkakasan, proses pembuatan produk dan penyengaraan peralatan, pengujian bahan dan pengurusan. Pelajar-pelajar akan mempelajari dan mengaplikasi kaedah rekabentuk dengan menggunakan perisian seperti SOLID WORK dan AUTOCAD, menghasilkan produk dengan menggunakan proses seperti injection moulding, extrusion, blow moulding, blown film, vacuum forming, compounding dan proses-proses berkaitan. Graduan lepasan program-program dalam bidang ini berpeluang bekerja sebagai teknologis atau pekerja teknikal di syarikat-syarikat pembuatan produk polimer (plastik, elastomer dan getah) seperti industri pembuatan komponen automotif (syarikat vendor bagi PROTON dan PERODUA seperti SIPRO), industri pembungkusan (STENTA FILMS), industri penghasilan botol minuman (SPRITZER). Dianggarkan lebih 900 syarikat plastik telah berdaftar dengan Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) yang mewakili sebanyak 60% kilang plastik di Malaysia. Graduan juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda atau diploma lanjutan seperti Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Bahan (UMP), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Bahan (UNIMAP), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (UTEM), Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Polimer (UiTM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
PROSPEK KERJAYA
Para graduan akan bekerja sebagai juruteknik di dalam bidang berikut antaranya: Pengeluaran produk plastik seperti Injection Moulding, Blow Moulding, Thermoforming, Rotational Moulding, Compression Moulding, Extrusion. Perekabentuk acuan dan produk, Penjaga jaminan kualiti, penyelenggara acuan, penguji getah dan latex penyelidik pengujian plastik. Graduan juga boleh menceburi kerjaya dalam perkhidmatan sektor awam seperti: Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan sebagainya. PROSPEK MELANJUTKAN PENGAJIAN Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti: Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Bahan), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemprosesan Bahan), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Proses dan Teknologi), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan), Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Bahan dan Teknologi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk dan Teknologi) dengan Kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Rekacipta) dengan Kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
KEMUDAHAN LATIHAN
Makmal pengujian plastik (universal Testing Machine)
Mesin injection mould Fanuc 150 ton & 100 Ton
Bilik penyimpanan Mould
Bilik Fabrikasi
Bilik komputer & 3D Printer
Bilik kuliah penghawa dingin yg efisien
Bilik penyimpanan Resin
Ruang Bengkel Kerja yang selesa