05-8012600 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Isnin hingga Jumaat: 8.00pg - 5.00 petang

BAHAGIAN TEKNOLOGI KOMPUTER

NAMA KURSUS DAN KOD BIDANG : G01 DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM)

TEMPOH PENGAJIAN : 1 TAHUN 6 BULAN

SINOPSIS PROGRAM

Program selama 1 tahun 6 bulan ini dirangka khusus bagi memberikan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Teknologi Komputer (Sistem). Berorientasikan kemahiran, program ini bertujuan melahirkan graduan yang kompeten, berkemahiran tinggi serta profesional dalam menguasai pelbagai aspek teori dan amali. Antara bidang pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari termasuklah pemasangan serta konfigurasi perisian seperti Windows dan Linux, teknik pembangunan dan penyelenggaraan sistem, keselamatan sistem komputer, konfigurasi pelayan (server) serta penubuhan rangkaian setempat mahupun tanpa wayar. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan kemahiran menghasilkan dokumentasi berkaitan kerja-kerja ICT. Di samping pengetahuan teknikal, program ini turut memberikan penekanan kepada pembangunan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerja berpasukan dan kepimpinan. Gabungan kedua-dua aspek ini akan mempersiapkan graduan dengan keterampilan menyeluruh untuk memasuki alam pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

PROSPEK KERJAYA

Graduan program ini berpeluang menceburi pelbagai bidang dalam industri ICT, antaranya: • Juruteknik Komputer • Pentadbir Sistem (System Administrator) • Juruteknik Rangkaian / Pentadbir Rangkaian • Pembantu IT / Penyelia ICT • Juruteknik Sokongan IT (IT Support Technician) • Pembantu Analisis Sistem • IT Executive • IT Technical Support • Usahawan ICT

KEMUDAHAN LATIHAN

Makmal Komputer Aplikasi Makmal Komputer Pangkalan Data Makmal Komputer Web Grafik Makmal Komputer Pengaturcaraan Makmal Komputer Multimedia Makmal Perkakasan