05-8012600 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Isnin hingga Jumaat: 8.00pg - 5.00 petang

BAHAGIAN TEKNOLOGI JAMINAN KUALITI

NAMA KURSUS DAN KOD BIDANG : DIPLOMA TEKNOLOGI JAMINAN KUALITI & VK04

TEMPOH PENGAJIAN : 3 TAHUN (TERMASUK LATIHAN INDUSTRI 6 BULAN)
SINOPSIS PROGRAM

Program ini dirangka bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dalam bidang Teknologi Jaminan Kualiti. Silibus yang dibangunkan menepati keperluan yang dikehendaki di industri terutamanya dalam bidang mekanikal dan pembuatan. Lima (5) teras utama telah disusun bagi melahirkan pelajar yang memenuhi kehendak industri:

Pemeriksaan menggunakan alat berketepatan tinggi
Pengujian produk memenuhi pematuhan piawaian
Tentukuran dan analisis pada peralatan pengukuran
Penetapkan standard dan keperluan pelanggan
Penyelesaian menggunakan peralatan kualiti yang cekap.
PROSPEK KERJAYA

Juruteknik Kawalan Kualiti (QC) : Bertanggungjawab untuk memeriksa dan menguji bahan  atau  produk  siap  untuk  memastikan memenuhi piawaian syarikat berkenaan.
Juruteknik Jaminan Kualiti (QA) : Bertanggungjawab untuk membantu memudahkan memenuhi keperluan jaminan kualiti dan pematuhan pada pengeluaran produk.
Juruteknik Metrologi : Membuat tentuukuran, pengujian dan analisis pada peralatan pengukuran danb memastikan memenuhi keperluan piawaian antarabangsa. 
KEMUDAHAN LATIHAN

1) Vertical    Optical Measuring   machine with  Quadra  check 200 – ST Industries
2) Universal  Microscope Measuring machine – MAHR
3) Surface Roughness machine – TSK Surfcom
4) Gauge block comparator – Mitutoyo
5) Coordinate measuring machine    (CMM)    – Wanzel
6) Porttable Coordinate machine    – Romer Arm