05-8012600 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Isnin hingga Jumaat: 8.00pg - 5.00 petang

BAHAGIAN TEKNOLOGI MEKATRONIK

NAMA KURSUS DAN KOD BIDANG : TEKNOLOGI MEKATRONIK , DEME04

TEMPOH PENGAJIAN : 2 TAHUN 6 BULAN

SINOPSIS PROGRAM

Program ini menggabungkan tiga bidang utama iaitu mekanikal, elektrik/elektronik dan kawalan automasi. Pelajar akan mempelajari cara mereka bentuk, memasang, menyelenggara serta mengendalikan sistem automasi dan robotik industri.
Antara kemahiran yang dipelajari ialah:

1. Reka bentuk sistem automasi menggunakan PLC, sensor dan aktuator.
2. Sistem kawalan industri dan robotik.
3. Lukisan teknikal dan simulasi mekatronik.
4. Penyelenggaraan sistem mekanikal dan elektronik.
5. Pengaturcaraan asas untuk sistem automasi.

PROSPEK KERJAYA

1. Juruteknik Mekatronik
2. Juruteknik Penyelenggaraan Automasi / Robotik
3. Juruteknik PLC / Sistem Kawalan
4. Juruteknik Pengeluaran
5. Penyelia Pengeluaran / Penyelenggaraan
6. Pembantu Jurutera Mekatronik
7. Pereka sistem automasi industri

KEMUDAHAN LATIHAN

1. Makan dan Minum Percuma: 4 kali sehari
2. Asrama Disediakan: 1 bilik untuk 2 orang sepanjang pengajian
3. Pinjaman PTPK diuruskan: meliputi yuran, laptop dan elaun RM400 sebulan
4. Kemudahan Bengkel & Makmal: dilengkapi dengan peralatan PLC, sensor, robotik dan sistem kawalan terkini.