05-8012600 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Isnin hingga Jumaat: 8.00pg - 5.00 petang

PERAK INTERNATIONAL ROBOT COMPETITION (PIRC) 2025

25 - 27 April 2025 | Perak International Robot Competition (PIRC) 2025
 
Perak International Robot Competition (PIRC) 2025 yang berlangsung pada 25–27 April 2025 di ADTEC JTM Kampus Taiping, Perak telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang. Pertandingan yang menghimpunkan 1,014 pasukan dari 7 negara ( Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Jepun, Mexico dan Turki) ini menyaksikan pertarungan sengit dalam pelbagai kategori Robot Sumo.
 

Pertandingan Robot Sumo Perak International Robot Competition (PIRC) 2025 yang dianjurkan di ADTEC Taiping ini bertujuan untuk menggalakkan kreativiti serta inovasi dalam kalangan peserta menerusi reka bentuk dan pembangunan robot berteknologi tinggi. Pertandingan ini juga menjadi platform bagi pelajar dan penggiat robotik dari pelbagai peringkat untuk mengasah kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal, elektronik dan pengaturcaraan, di samping membina daya saing serta semangat kesukanan dalam suasana kompetitif.

Selain itu, pertandingan ini memupuk kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah teknikal secara efektif dalam masa sebenar, sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.Penganjuran ini turut membuka peluang kepada peserta untuk berinteraksi dan bertukar pengetahuan bersama komuniti robotik dari dalam dan luar negara, sekali gus mewujudkan jaringan kolaboratif yang strategik.

Lebih penting, pertandingan ini dijadikan pentas pemilihan wakil negara ke peringkat antarabangsa, khususnya ke Kejohanan Robot Sumo di Jepun, selaras dengan hasrat melahirkan generasi teknikal yang berdaya saing di persada global.

 

facebook