05-8012600 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Isnin hingga Jumaat: 8.00pg - 5.00 petang

KARNIVAL KITES 2025 & PELUNCURAN STAc

 
KITES 2025 Lonjak TVET- Industri ke Arah Tenaga Kerja Global.
 
ADTEC JTM Kampus Taiping telah menganjurkan Karnival Industri dan Teknologi Semikonduktor (KITES) 2025 beserta Peluncuran Semiconductor Technology Academy (STAc) di Dewan Dato Maharaja Lela, ADTEC JTM Kampus Taiping yang dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Encik Steven Sim.
 
Acara ini menekankan Malaysia sebagai hab semikonduktor Asia, dengan pelancaran Semiconductor Technology Academy-JTM (STAc-JTM) yang menyokong NSS, Dasar TVET Negara 2030 dan NIMP 2030. ADTEC Taiping menjadi pusat utama melahirkan tenaga kerja mikroelektronik.
Majlis turut menyaksikan kerjasama ADTEC dengan tujuh rakan industri termasuk Micron, Vitrox dan PSDC, membuka peluang latihan serta pekerjaan. Konvokesyen ADI juga meraikan 67 pekerja industri yang menamatkan latihan dengan SKM Tahap 3.
KITES 2025 mengukuhkan ekosistem TVET, mempererat kerjasama kerajaan-industri, dan mengangkat Malaysia sebagai hab semikonduktor serantau dengan tenaga kerja berdaya saing global.
 
𝙈𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙠𝙖𝙨𝙖 𝙆𝙚𝙢𝙖𝙝𝙞𝙧𝙖𝙣, 𝙈𝙚𝙣𝙮𝙚𝙢𝙖𝙧𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙖 𝙃𝙖𝙙𝙖𝙥𝙖𝙣
 
facebook