05-8012600 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Isnin hingga Jumaat: 8.00pg - 5.00 petang

KESUMA BERSAMA RAKYAT DAN KARNIVAL TEKNOLOGI DAN KREATIVITI JTM (CITEC) 2026

12 - 13 Feb 2026 | KESUMA Bersama Rakyat, Karnival Teknologi Dan Kreativiti JTM 2026.
 
12 Feb. 2026 | Majlis Penutupan KESUMA Bersama Rakyat dan Karnival Teknologi dan Kreativiti JTM (CITEC) 2026 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang, menandakan kejayaan penganjuran program yang menghimpunkan komuniti, industri dan warga TVET dalam satu platform berimpak tinggi.
 
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Turut hadir sebagai tetamu khas ialah Teh Kok Lim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO).
Hadir sama memeriahkan majlis ialah YBrs. Tuan Sutekno bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) di Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) serta YBhg. Datuk Rospiagos Bin Taha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia.
 
Dalam majlis tersebut, para tetamu kenamaan turut berkesempatan mengunjungi booth pertandingan CITEC JTM 2026, yang mempamerkan inovasi, kreativiti dan kemahiran pelajar-pelajar TVET dari pelbagai institusi di bawah Jabatan Tenaga Manusia.
 
YB Timbalan Menteri seterusnya menyampaikan ucapan penutup yang menekankan kepentingan pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu pembangunan negara, sebelum secara rasmi merasmikan penutupan Karnival CITEC 2026.
Majlis ini sekali gus membuktikan komitmen berterusan KESUMA dan JTM dalam memperkukuh agenda TVET negara serta mendekatkan perkhidmatan kementerian kepada rakyat melalui pendekatan inklusif dan berimpak tinggi.

 

facebook