Bahagian Teknologi Polimer dan Bahagian Teknologi Jaminan Kualiti terus melakar kejayaan apabila menerimaย Anugerah Institusi TVET 5 Bintang anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Majlis penganugerahan yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 11 Februari 2026 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail ini menjadi simbol pengiktirafan tertinggi terhadap kecemerlangan institusi dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Pengiktirafan berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kualiti latihan serta memastikan standard pendidikan sentiasa berada pada tahap terbaik, selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan negara.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dan memperkasa agenda TVET ke arah pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.