ย
12 Februari 2026 | Sumbangan berimpak tinggi daripada pihak industri terus memperkasa agenda TVET negara apabila Micron Memory Sdn Bhd dan Carsem Sdn. Bhd. menyerahkan tiga buah mesin berteknologi tinggi kepada institusi sebagai sokongan kepada pembangunan latihan berteraskan industri.
Tiga mesin yang disumbangkan ialah Mesin Die Attach dengan anggaran nilai RM1.4 juta, Mesin Wire Bond bernilai RM388,000 serta sebuah mesin Tester and Handler bernilai RM1.1 juta, yang keseluruhannya memainkan peranan penting dalam proses pemasangan dan pengujian komponen semikonduktor. Sumbangan ini diyakini mampu meningkatkan kualiti latihan serta pendedahan pelajar kepada teknologi sebenar yang digunakan dalam industri.
Simbolik penyerahan telah disampaikan kepada YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, sempena Majlis Penutup Karnival Teknologi dan Kreativiti JTM 2026 pada 12 Februari 2026.
Kolaborasi strategik antara institusi dan industri ini membuktikan komitmen bersama dalam melahirkan tenaga kerja mahir, kompeten dan memenuhi keperluan industri semasa, selaras dengan aspirasi memperkasa ekosistem TVET negara.
ย
๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฃ ๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃ
ย