05-8012586 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Isnin hingga Jumaat: 8.00pg - 5.00 petang

๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐“๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐๐Ž๐๐€๐“ ๐‰๐Ž๐‡๐€๐ ๐‘บ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘ป ๐‘จ๐‘ผ๐‘ป๐‘ถ๐‘ด๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต ๐‘ช๐‘ฏ๐‘จ๐‘ณ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

IPOH, 20 September 2026 | ADTEC JTM Kampus Taiping berjaya membuktikan keunggulan dalam bidang kemahiran apabila pelajarnya meraih gelaran Johan dalam pertandingan Smart Automation Challenge 2026 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Kejayaan manis ini dilakar oleh ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐ˆ๐ซ๐Ÿ๐š๐ง ๐›๐ข๐ง ๐ˆ๐ฌ๐ฆ๐š๐๐ข, ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐’๐ž๐ฆ๐ž๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐Ÿ“ ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐š ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐Œ๐ž๐ค๐š๐ญ๐ซ๐จ๐ง๐ข๐ค. Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama ADTEC JTM Kampus Taiping, malah membuktikan kualiti latihan dan kemahiran tinggi yang dimiliki oleh pelajar dalam bidang teknologi dan automasi pintar.
Pertandingan yang berlangsung selama dua hari pada 19 dan 20 September 2026 bersempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) dan โ€œJelajah AIM TVET with Cikgu Saaraniโ€ itu menyaksikan persaingan sengit melibatkan 24 peserta dari pelbagai institusi TVET. Selain ADTEC JTM Kampus Taiping, pertandingan turut disertai oleh pelajar dari Politeknik Ungku Omar (PUO), German-Malaysian Institute (GMI), serta peserta persendirian. Penyertaan dan kejayaan dalam pertandingan sebegini mencerminkan komitmen berterusan semua kampus Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) dalam menyediakan ruang, kemudahan serta peluang seluas-luasnya kepada para pelajar untuk menyertai pelbagai program di luar kampus.
Penglibatan aktif dalam pertandingan kemahiran dan aktiviti kokurikulum sedemikian amat ditekankan bagi melahirkan modal insan yang holistik, berdaya saing serta cemerlang dalam pelbagai aspek.