DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKATRONIK


Kursus Mekatronik adalah gabungan daripada Teknologi Elektronik dan Mekanikal dengan memberikan penekanan kepada sistem automasi dan penggunaan robot yang meluas. Objektif kursus ini adalah untuk melatih pelajar supaya boleh menggunakan pelbagai sistem seperti hidraulik dan elektro‐hidraulik, pneumatik dan elektro‐pneumatik, sistem elektrik dan elektronik, sistem automasi dan sistem robotik. Pelajar juga akan dilatih agar boleh merekabentuk dan membangunkan atau mengubahsuai dan mempertingkatkan sistem atau peralatan yang digunapakai dalam industri proses dan pembuatan.

FaLang translation system by Faboba