pengarah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Saya mewakili warga ADTEC Taiping mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi kami. ADTEC Taiping adalah singkatan nama kepada Advanced Technology Training Centre atau Pusat Latihan Teknologi Tinggi yang merupakan sebuah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Peranan utama ADTEC Taiping adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri Negara. ADTEC Taiping menawarkan peluang kepada lepasan sekolah dan graduan dari Institusi Latihan Kemahiran serta pekerja-pekerja dari industri kemahiran bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang bertaraf tinggi. ADTEC Taiping juga menyediakan perkhidmatan latihan kemahiran yang sempurna di samping sistem peralatan yang canggih bagi menjayakan latihan dalam memenuhi keperluan industri di dalam negara.

Sehubungan itu, diharapkan segala informasi yang disediakan dapat membantu mengenali dan memahami peranan ADTEC Taiping dengan lebih mendalam bagi memastikan ADTEC kekal sebagai salah satu institusi kemahiran terulung di Malaysia. Dengan ini adalah diharap pengunjung terutama belia dan pihak industri yang melayari Laman Web ADTEC Taiping akan mendapat maklumat atau informasi terkini dengan lebih mudah dan pantas.

ADTEC Taiping akan terus mara dan ikhlas beristiqamah melaksanakan tugas dan memberikan perkhidmatan terbaik bagi meningkatkan kualiti insaniah, memperkasa organisasi setempat dan menyuburkan semangat muhibah di kalangan warga ADTEC dan masyarakat Malaysia amnya. Semoga segala usaha dan perjuangan murni ini akan sentiasa mendapat keredhaan dan kerahmatan daripada Allah SWT. Sebarang pertanyaan dan cadangan yang membina amat dialu-alukan demi kebaikan bersama.

Akhir kata, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang lalu. Pengalaman mematangkan kita dalam membuat keputusan. Apa yang baik dan berjaya, perlulah kita teruskan dan sentiasa membuat penambahbaikan serta memperbaiki segala kelemahan. Sementara untuk yang gagal, perlulah diubah dan dijadikan teladan.

Sekian Terima Kasih.
Pengarah ADTEC Taiping

Ts. Hj. ZULKIFLE BIN OMAR
Email: 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

FaLang translation system by Faboba