Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC),Taiping yang terletak di Kamunting, Perak merupakan salah satu daripada 32 institut latihan JTM yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia(JTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia(KSM). ADTEC Taiping telah diluluskan dalam RMK 8 dan dibina di atas Lot PT15643, Kamunting Raya, Mukim Asam Kumbang, Daerah Larut Matang dan Selama, Perak Darul Ridzuan. ADTEC diserahkan kepada JTM pada 13 Mei 2009 setelah pembinaan siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada 12 Oktober 2009.

Kontraktor : Kamalbina Sdn. Bhd
Tarikh Mula : 16 Mei 2007
Tarikh Siap : 13 Mei 2009
Tempoh Lanjutan : 3 Bulan
Tarikh Siap/Serahan : 13 Ogos 2009 

Pada awal pengoperasian, ADTEC Taiping menawarkan tujuh (7) kursus sepenuh masa peringkat DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (DTK) iaitu dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Teknologi Kejuruteraan Jaminan Kualiti, Teknologi Kejuruteraan Komputer, Teknologi Kejuruteraan Mikroelektronik, Teknologi Kejuruteraan Seramik, Teknologi Kejuruteraan Polimer dan Teknologi Kejuruteraan Komposit.


ADTEC Taiping menawarkan tujuh (7) kursus sepenuh masa peringkat DIPLOMA TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN (DTP) dan DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)  iaitu dalam bidang Mekatronik, Jaminan Kualiti, Komputer, Mikroelektronik, Seramik, Polimer dan Komposit.
Mulai tahun 2022, Program Teknologi Seramik telah dibuat penjenamaan semula kepada nama baharu iaitu Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan).

 

 

 1 Tandatangan Plat Pecah Tanah   2 Lakaran Artis   3 Pembinaan 1   

       4 Pembinaan 2   5 Pembinaan 3   6 Pembinaan 4

7 ADTEC Siap


 ADTEC TAIPING - 2011

adtec atas


 ADTEC TAIPING- 2018

adtectaiping2018

FaLang translation system by Faboba