Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping diamanahkan untuk membekalkan tenaga mahir yang terlatih. Dengan itu, kami berjanji :-

1. Semua proses permohonan dan pengambilan kemasukan ke ADTEC Taiping dibuat 2 kali setahun.

STATUS PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN (SEHINGGA JUN) TAHUN 2019
Bil Piagam Pelanggan Bilangan Diterima Bilangan Diproses dan selesai Peratus Pencapaian
1 Semua proses permohonan dan pengambilan  kemasukan ke ADTEC Taiping dibuat 2 kali setahun.(Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan) 127 (DTK)
184 (DKM)
127 (DTK)
184 (DKM)
100%

2. Semakan keputusan kemasukan dilakukan 3 minggu sebelum latihan bermula.

STATUS PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN (SEHINGGA JUN) TAHUN 2019
Bil Piagam Pelanggan Bilangan Diterima Bilangan Diproses dan selesai Peratus Pencapaian
2 Semakan keputusan kemasukan dilakukan 3 minggu sebelum latihan bermula. (Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan) 127 (DTK)
184 (DKM)
127 (DTK)
184 (DKM)
100%

3. Semua tuntutan termasuk bil-bil bayaran akan diselesaikan dalam tempoh masa 14 hari.

STATUS PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN (SEHINGGA JUN) TAHUN 2019
Bil Piagam Pelanggan Bilangan Diterima Bilangan Diproses dan selesai Peratus Pencapaian
3 Semua tuntutan termasuk bil-bil bayaran akan diselesaikan dalam masa 14 hari. (Bahagian Kewangan) 35 35 100% 

4. Memberi respon kepada semua jenis pertanyaan dan aduan  dalam masa 24 jam.

STATUS PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN (SEHINGGA JUN) TAHUN 2019
Bil Piagam Pelanggan Bilangan Diterima Bilangan Diproses dan selesai Peratus Pencapaian
4 Memberi respon kepasa semua jenis pertanyaan dan aduan dalam masa 24 jam. (PP-BPPL)
Pertanyaan
(78)
Aduan
(0)

Pertanyaan
(78)
Aduan
(0)
100%

5. Memberi jawapan kepada semua aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan 7 hari dari tempoh
menerima maklumat dari pihak ketiga.

STATUS PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN (SEHINGGA JUN) TAHUN 2019
Bil Piagam Pelanggan Bulan Bilangan Diterima Bilangan Diproses dan selesai Peratus Pencapaian
5 Memberi jawapan kepada semua aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan 7 hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga. (PP-BPPL) sehingga  JUN 2019 0 0 100% 

Carta organisasi ADTEC Taiping 2019 :
Klik gambar untuk paparan lebih jelas.


CartaTerkini15.7.2019

Tarikh Kemaskini Carta : 15 Julai 2019

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), yang terletak di Taiping, Perak merupakan salah satu daripada 32 institut latihan JTM yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia(JTM), Kementerian Sumber Manusia(KSM). ADTEC Taiping telah diluluskan dalam RMK 8 dan dibina di atas Lot PT 15643, Kamunting Raya, Mukim Asam Kumbang, Daerah Larut Matang, Perak Darul Ridzuan. ADTEC diserahkan kepada JTM pada 13 Mei 2009 setelah pembinaan siap sepenuhnya.

ADTEC Taiping menawarkan tujuh (7) kursus sepenuh masa peringkat DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN iaitu dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Teknologi Kejuruteraan Jaminan Kualiti, Teknologi Kejuruteraan Komputer, Teknologi Kejuruteraan Mikroelektronik, Teknologi Kejuruteraan Seramik, Teknologi Kejuruteraan Polimer dan Teknologi Kejuruteraan Komposit.


ADTEC Taiping juga menawarkan tujuh (7) kursus sepenuh masa peringkat DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA iaitu dalam bidang Mekatronik, Jaminan Kualiti, Komputer, Mikroelektronik, Seramik, Polimer dan Komposit.

 

Kontraktor : Kamalbina Sdn. Bhd
Tarikh Mula : 16 Mei 2007
Tarikh Siap : 13 Mei 2009
Tempoh Lanjutan : 3 Bulan
Tarikh Siap/Serahan : 13 Ogos 2009 

 

 1 Tandatangan Plat Pecah Tanah   2 Lakaran Artis   3 Pembinaan 1   

       4 Pembinaan 2   5 Pembinaan 3   6 Pembinaan 4

7 ADTEC Siap

 

 

VISI

UNTUK MENJADI INSTITUSI PENERAJU DALAM MEMBANGUNKAN TENAGA KERJA YANG BERDAYA SAING

 

 

MISI

UNTUK MENGELUARKAN TENAGA KERJA YANG BERDAYA SAING

 

 

OBJEKTIF

Objektif penubuhan ADTEC Taiping adalah untuk mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang teknologi tinggi yang berterusan disamping meningkatkan kualiti kemahiran tenaga mahir dalam sektor industri dan mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan.

enhalim1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Saya mewakili warga ADTEC Taiping mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi kami. ADTEC Taiping adalah singkatan nama kepada Advanced Technology Training Centre atau Pusat Latihan Teknologi Tinggi yang merupakan sebuah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Peranan utama ADTEC Taiping adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri Negara. ADTEC Taiping menawarkan peluang kepada lepasan-lepasan sekolah dan graduan dari Institusi Latihan Kemahiran serta pekerja-pekerja dari industri kemahiran bagi meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran yang bertaraf tinggi. ADTEC Taiping juga menyediakan perkhidmatan latihan kemahiran yang sempurna di samping sistem peralatan yang canggih bagi menjayakan latihan dalam memenuhi keperluan industri di dalam negara.

Sehubungan itu, diharapkan segala informasi yang disediakan dapat membantu mengenali dan memahami peranan ADTEC Taiping dengan lebih mendalam bagi memastikan ADTEC kekal sebagai salah satu institusi kemahiran terulung di Malaysia. Dengan ini adalah diharap pengunjung terutama belia dan pihak industri yang melayari Laman Web ADTEC Taiping akan mendapat maklumat atau informasi terkini dengan lebih mudah dan pantas.

ADTEC Taiping akan terus mara dan ikhlas beristiqamah melaksanakan tugas dan memberikan perkhidmatan terbaik bagi meningkatkan kualiti insaniah, memperkasa organisasi setempat dan menyuburkan semangat muhibah di kalangan warga ADTEC dan masyarakat Malaysia amnya. Semoga segala usaha dan perjuangan murni ini akan sentiasa mendapat keredhaan dan kerahmatan daripada Allah SWT. Sebarang pertanyaan dan cadangan yang membina amat dialu-alukan demi kebaikan bersama.

Akhir kata, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang lalu. Pengalaman mematangkan kita dalam membuat keputusan. Apa yang baik dan berjaya, perlulah kita teruskan dan sentiasa membuat penambahbaikan serta memperbaiki segala kelemahan. Sementara untuk yang gagal, perlulah diubah dan dijadikan teladan.

Sekian Terima Kasih.

Ir Halim Azhar Bin  Hj Mohd Yatim
Pengarah ADTEC Taiping
Email:  
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

FaLang translation system by Faboba