Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping diamanahkan untuk membekalkan tenaga mahir yang terlatih.
Dengan itu, kami berjanji :

1. Semua proses permohonan dan pengambilan kemasukan ke ADTEC Taiping dibuat 2 kali setahun.

STATUS PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
Bil Piagam Pelanggan Bilangan Diterima Bilangan Diproses dan selesai Peratus Pencapaian
1 Semua proses permohonan dan pengambilan  kemasukan ke ADTEC Taiping dibuat 2 kali setahun.(Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan) 240 240

 

100%

2. Semakan keputusan kemasukan dilakukan 3 minggu sebelum latihan bermula.

STATUS PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
Bil Piagam Pelanggan Bilangan Diterima Bilangan Diproses dan selesai Peratus Pencapaian
2 Semakan keputusan kemasukan dilakukan 3 minggu sebelum latihan bermula.
(Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan)
50 50

 

100%

3. Semua tuntutan termasuk bil-bil bayaran akan diselesaikan dalam tempoh masa 14 hari.

STATUS PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
Bil Piagam Pelanggan Bilangan Diterima Bilangan Diproses dan selesai Peratus Pencapaian
3 Semua tuntutan termasuk bil-bil bayaran akan diselesaikan dalam masa 14 hari.
(Bahagian Kewangan)
70 70 100% 

4. Memberi respon kepada semua jenis pertanyaan dan aduan  dalam masa 24 jam.

STATUS PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
Bil Piagam Pelanggan Bilangan Diterima Bilangan Diproses dan selesai Peratus Pencapaian
4 Memberi respon kepada semua jenis pertanyaan dan aduan dalam masa 24 jam. (PP-BPPL)

Pertanyaan
(21)
Aduan
(0)

Pertanyaan
(21)
Aduan
(0)

100%

5. Memberi jawapan kepada semua aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan 7 hari dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga.

STATUS PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
Bil Piagam Pelanggan Bilangan Diterima Bilangan Diproses dan selesai Peratus Pencapaian
5 Memberi jawapan kepada semua aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan 7 hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga. (PP-BPPL) 1 1 100% 

CARTA ORGANISASI ADTEC TAIPING:

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas dan terperinci

carta kosong.web

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC),Taiping yang terletak di Kamunting, Perak merupakan salah satu daripada 32 institut latihan JTM yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia(JTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia(KSM). ADTEC Taiping telah diluluskan dalam RMK 8 dan dibina di atas Lot PT15643, Kamunting Raya, Mukim Asam Kumbang, Daerah Larut Matang dan Selama, Perak Darul Ridzuan. ADTEC diserahkan kepada JTM pada 13 Mei 2009 setelah pembinaan siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada 12 Oktober 2009.

Kontraktor : Kamalbina Sdn. Bhd
Tarikh Mula : 16 Mei 2007
Tarikh Siap : 13 Mei 2009
Tempoh Lanjutan : 3 Bulan
Tarikh Siap/Serahan : 13 Ogos 2009 

Pada awal pengoperasian, ADTEC Taiping menawarkan tujuh (7) kursus sepenuh masa peringkat DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (DTK) iaitu dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Teknologi Kejuruteraan Jaminan Kualiti, Teknologi Kejuruteraan Komputer, Teknologi Kejuruteraan Mikroelektronik, Teknologi Kejuruteraan Seramik, Teknologi Kejuruteraan Polimer dan Teknologi Kejuruteraan Komposit.


ADTEC Taiping menawarkan tujuh (7) kursus sepenuh masa peringkat DIPLOMA TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN (DTP) dan DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)  iaitu dalam bidang Mekatronik, Jaminan Kualiti, Komputer, Mikroelektronik, Seramik, Polimer dan Komposit.
Mulai tahun 2022, Program Teknologi Seramik telah dibuat penjenamaan semula kepada nama baharu iaitu Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan).

 

 

 1 Tandatangan Plat Pecah Tanah   2 Lakaran Artis   3 Pembinaan 1   

       4 Pembinaan 2   5 Pembinaan 3   6 Pembinaan 4

7 ADTEC Siap


 ADTEC TAIPING - 2011

adtec atas


 ADTEC TAIPING- 2018

adtectaiping2018

VISI

UNTUK MENJADI INSTITUSI PENERAJU DALAM MEMBANGUNKAN TENAGA KERJA YANG BERDAYA SAING

 

 

MISI

UNTUK MENGELUARKAN TENAGA KERJA YANG BERDAYA SAING

 

 

OBJEKTIF

Objektif penubuhan ADTEC Taiping adalah untuk mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang teknologi tinggi yang berterusan disamping meningkatkan kualiti kemahiran tenaga mahir dalam sektor industri dan mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan.

pengarah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Saya mewakili warga ADTEC Taiping mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi kami. ADTEC Taiping adalah singkatan nama kepada Advanced Technology Training Centre atau Pusat Latihan Teknologi Tinggi yang merupakan sebuah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Peranan utama ADTEC Taiping adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri Negara. ADTEC Taiping menawarkan peluang kepada lepasan sekolah dan graduan dari Institusi Latihan Kemahiran serta pekerja-pekerja dari industri kemahiran bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang bertaraf tinggi. ADTEC Taiping juga menyediakan perkhidmatan latihan kemahiran yang sempurna di samping sistem peralatan yang canggih bagi menjayakan latihan dalam memenuhi keperluan industri di dalam negara.

Sehubungan itu, diharapkan segala informasi yang disediakan dapat membantu mengenali dan memahami peranan ADTEC Taiping dengan lebih mendalam bagi memastikan ADTEC kekal sebagai salah satu institusi kemahiran terulung di Malaysia. Dengan ini adalah diharap pengunjung terutama belia dan pihak industri yang melayari Laman Web ADTEC Taiping akan mendapat maklumat atau informasi terkini dengan lebih mudah dan pantas.

ADTEC Taiping akan terus mara dan ikhlas beristiqamah melaksanakan tugas dan memberikan perkhidmatan terbaik bagi meningkatkan kualiti insaniah, memperkasa organisasi setempat dan menyuburkan semangat muhibah di kalangan warga ADTEC dan masyarakat Malaysia amnya. Semoga segala usaha dan perjuangan murni ini akan sentiasa mendapat keredhaan dan kerahmatan daripada Allah SWT. Sebarang pertanyaan dan cadangan yang membina amat dialu-alukan demi kebaikan bersama.

Akhir kata, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang lalu. Pengalaman mematangkan kita dalam membuat keputusan. Apa yang baik dan berjaya, perlulah kita teruskan dan sentiasa membuat penambahbaikan serta memperbaiki segala kelemahan. Sementara untuk yang gagal, perlulah diubah dan dijadikan teladan.

Sekian Terima Kasih.
Pengarah ADTEC Taiping

Ts. Hj. ZULKIFLE BIN OMAR
Email: 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

FaLang translation system by Faboba