Pengumuman

 

PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) TAIPING mempelawa kepada semua pelajar lepasan SPM & SKM yang berminat melanjutkan pengajian ke Program TVET peringkat Diploma di ADTEC Taiping, Perak.

šŸ“Œ šŸ“PERMOHONAN KEMASUKAN KE ADTEC TAIPING

šŸŸ” LEPASAN SPM šŸ‘‡
https://forms.gle/5P7mHtiHteN4GnBo6

šŸ”“ LEPASAN SKM šŸ‘‡
https://forms.gle/jnc5wZsDdyhuHAzx9

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi
šŸ“” En Rostam : 019-4341224,
šŸ“” YM Raja Mandak Mariam : 019-2202507,
šŸ“” En Hisyam : 011-59567621.


 Salam Ramadhan 1442H/ 2021 dari kami di ADTEC Taiping untuk semua 

 



Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai ADTEC Taiping, sila hubungi kami;

Telefon :  05-8012600/01

Email   : adtectaiping@jtm.gov.my


 

DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KOMPUTER


PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini menawarkan latihan teori dan amali yang menumpukan pembentukan pengetahuan serta kemahiran dalam teknologi komputer sistem. Sepanjang tempoh latihan pelatih akan didedahkan secara teori dan amali kepada perkembangan teknologi terkini yang merangkumi pembangunan dan rekabentuk sistem dan rangkaian komputer, penggunaan komputer di dalam operasi perniagaan, telekomunikasi, pemprosesan imej, pembangunan dan rekabentuk perisian komputer serta mampu menyelanggara, membaikpulih dan sebagainya.

Di penghujung kursus, graduan mesti boleh menyediakan keperluan pengguna, keperluanĀ  rangkaian, keperluan kemudahanĀ  dan keperluan sumber manusia menggunakan peralatan, bahan dan kaedah yang bersesuaian. Graduan juga boleh melaksanakan kerja-kerja konfigurasi, menguji, memulih, menyelenggara dan menaiktaraf sistem komputer. Selain itu, ia juga menekankan aspek dokumentasi teknikal dalam pengurusan projek berkaitan komputer sistem


KELAYAKAN MASUK:

Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 45 tahun dan mempunyai kelulusan akademik berikut :

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia-Vokasional (SPMV) atau setarafĀ  dan lulus Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Subjek Teknikal dan Bahasa serta


KAEDAH LATIHAN

Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teoriĀ 

TEMPOH LATIHAN

Tempoh latihan sepenuh masa selama 3 tahun

PELUANG KERJAYA:

Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang komputer sistem. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai pembantu jurutera, pembantu pentadbir sistem, penyelia atau juruteknik sistem komputer.Ā 
Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam sektor pengkomputeran seperti penghasilan iklan ,perisian multimedia dan laman web.Selari dengan perkembangan Multimedia Super Coridor (MSC) peserta kursus dalam bidang ini dijangka tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan baik.

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

KEMUDAHAN LATIHAN

Bagi menampung keperluan kursus, beberapa makmal yang menyediakan kemudahan-kemudahan peralatan dan ruang untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang tertentu disediakan. Antara kemudahan makmal yang disediakan adalahĀ  makmal Programming, makmal Database, makmal Perkakasan, makmal PerisianĀ  Bilik Server dan lain-lain.

FaLang translation system by Faboba