BAHAGIAN TEKNOLOGI BAHAN TERMAJU (POLIMER)

JABATAN PEMBUATAN & BAHAN TERMAJU

 

TEMPOH PENGAJIAN

18 Bulan (Sepenuh Masa)

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. LULUSAN SKM

Berwarganegara Malaysia, berumur antara 17 hingga 35 tahun dan LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berikut:

  • Plastic Injection Moulding Production Senior Technician (Thermoplastic) (PG-030-3)

atau

  • Injection Molding Operation Start Up Supervision (MC-101-3:2015)

Mana-mana satu (1) mata pelajaran di atas.

 

SINOPSIS PROGRAM

Bidang Teknologi Polimer menumpukan pembelajaran mengenai bahan polimer dan pembuatan produk polimer. Kandungan pembelajaran melibatkan teori dan amali yang meliputi rekabentuk produk dan perkakasan, proses pembuatan produk dan penyengaraan peralatan, pengujian bahan dan pengurusan. Pelajar-pelajar akan mempelajari dan mengaplikasi kaedah rekabentuk dengan menggunakan perisian seperti SOLID WORK dan AUTOCAD, menghasilkan produk dengan menggunakan proses seperti injection moulding, extrusion, blow moulding, blown film, vacuum forming, compounding dan proses-proses berkaitan. Graduan lepasan program-program dalam bidang ini berpeluang bekerja sebagai teknologis atau pekerja teknikal di syarikat-syarikat pembuatan produk polimer (plastik, elastomer dan getah) seperti industri pembuatan komponen automotif (syarikat vendor bagi PROTON dan PERODUA seperti SIPRO), industri pembungkusan (STENTA FILMS), industri penghasilan botol minuman (SPRITZER). Dianggarkan lebih 900 syarikat plastik telah berdaftar dengan Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) yang mewakili sebanyak 60% kilang plastik di Malaysia. Graduan juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda atau diploma lanjutan seperti Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Bahan (UMP), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Bahan (UNIMAP), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (UTEM), Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Polimer (UiTM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5.

 

KANDUNGAN SILIBUS

Pelajar akan diberi pendedahan dan mempelajari subjek-subjek berikut:

 

  • SEMESTER PERTAMA:

Production Planning Management, Production Control Management, Procurement, Process Improvement and Innovation and Final Year Project 1.

  • SEMESTER KEDUA:

Product Design and Development, Quality Management, Maintenance Management and Final Year Project 2.

  • SEMESTER KETIGA:

Latihan Industri.

 

MESIN DAN PERALATAN

  1. (PEMPROSESAN/ FABRIKASI/ REKABENTUK, PENGUKURAN)

Injection Moulding Machine 50 Tons (Direct Hydraulic Clamping System) Arburg&Wittman/Allrounder 320c500-170, Injection Moulding Machine 60 Tons (Double Toggle Clamping System) Arburg&Wittman/Allrounder 370 H 600 – 170, Injection Moulding Machine 100 Tons (Double Toggle Clamping System) Fanuc Roboshot S-2000i 100b, Fully Electric Injection Moulding Machine Fanuc Roboshot S-2000i 100b, Plastic Resin Compounder (Labtech/Lte26/32), Plastics Crusher (Rapid Granulator / 150-21 Power Tech), Resin Blender (Ttm), Circulating Hot Air Oven (Memmert/Mmt-Uf25000, 3d Printer (Projet Sd3000), Electronics Weigh Balance ( 1 Kg) -(Shinko Denshi/Aj-1200e), Weighing Scale, 30 Kg Capacity (Excel/Ach-30), Lifting Mobile Gantry Crane 'A Frame' ,2 Ton Capacity, Floor Crane (Single Arm Type), Drilling Machine (Hitachi / B16rm), Pedestal Grinding Machine (Arboga / Po – 312), Circular Saw (Scheppach/Ts-4010), Industrial Vacuum Cleaner (Kobe / Kbe 279-3040k), Sack Truck Trolley (Crowell / Ctl-985-2010e), Heavy Duty Rack (For Resin Storage) Slide Racks (For Mould Storage), Hydraulic Table/Trolley (Hydraulic Table Lifter 1.0 Ton), Chain Sling 2 Ton Load  (3 Meter Length), Cordless Jig Saw (Makita / Bjv180), Cordless Hand Drill (Makita / Btp140), Grinder, Angle (Bosch/Gws 8-100c), Grinder, Die (Bosch/Ggs 27), Spray Gun (Kobe / Kbe-259-2100k), Polisher, Pneumatic (Kobe / Kbe-270-3600k), Saw, Hole Cutting Kennedy, Digital Thermometer (Probe Type) (Brannan / Brn-312-3860l), Multimeter (Edison / Edi-516-2700k), Mitutoyo Caliper, Vernier, Digital, Mitutoyo Micrometer External, Mitutoyo Dial Indicator dan Gauge Surface (Ultra Prazision / 5101 104).

 

  1. ALAT PENGUJIAN & PENCIRIAN BAHAN

Universal Testing Machine (Utm) Instron / 5982, Hardness Testing Machine (Hildebrand/Hildebrand Hd3000 Premium Series), Pendulum Impact Tester and Motorized Notcher (Instron/Ceast 9050), F-Tir Testing Machine (Nicolet/Is10), Twin Bore (Rheometer) Instron/Ceast Smart Rheo 5000, Hunterlab Color Spetrophotometer (Color Questxe), Vicat Softening Point Equipment - Dynisco/Hdv3 Dtul & Vicat System, Density and Specific Gravity Testing Equipment Hildebrand/Hildebrand H-300s, Melt Flow Index Testing Machine (Lotus Scientific/Ls-16003).

 

PROSPEK KERJAYA

Para graduan akan bekerja sebagai juruteknik di dalam bidang berikut antaranya, pengeluaran produk plastik seperti Injection Moulding, Blow Moulding, Thermoforming, Rotational Moulding, Compression Moulding, Extrusion. Selain itu juga graduan boleh menjadi seorang perekabentuk acuan dan produk, penjaga jaminan kualiti, penyelenggara acuan, penguji getah dan latex dan penyelidik pengujian  plastik.

Graduan juga boleh menceburi kerjaya dalam perkhidmatan sektor awam seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan sebagainya.

 

PROSPEK MELANJUTKAN PENGAJIAN

Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  • Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Bahan), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemprosesan Bahan), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Proses dan Teknologi), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan), Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Bahan dan Teknologi, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk dan Teknologi) dengan Kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Rekacipta) dengan Kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

TAJAAN & BIASISWA

PTPK, JPA, Baitulmal, SUK Negeri, Yayasan Negeri, Yayasan Bank Rakyat.

 

 

polimer3.jpg

 

 

FaLang translation system by Faboba