17 Mei 2019, Program Pemberian Bantuan Keperluan Harian oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC Taiping

Program pemberian bantuan berupa keperluan harian oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC Taiping pada 17 Mei 2019 (Jumaat) kepada Encik Othman bin Abdul Hamid, yang mana isterinya, Hasmah binti Ibrahim terlantar sejak dari Disember 2018 berikutan mengalami penyakit kanser. Puan Hasmah binti Ibrahim sejak Disember 2018 telah disahkan menghidap kanser payudara kini hanya terlantar dan tidak mampu melakukan aktiviti harian seperti biasa. Kami mendoakan agar Puan Hasmah binti Ibrahim dikembalikan kesihatan seperti asal dan semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan keluarga beliau. Mereka yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini dalam bentuk barangan atau kewangan boleh merujuk maklumat berikut:

Akaun:
BSN 0824741100007501
Othman bin Abdul Hamid (Suami)

Tel : 01116350231

Lokasi: No 50 Kampung Berchat, Bukit Gantang,34850 Changkat Jering, Taiping Perak.

2

1

3

FaLang translation system by Faboba