23 April 2019, Lawatan Akademik ke Center for Advanced Composite Material (CACM) University Teknologi Malaysia
Lawatan Akademik ke Center for Advanced Composite Material (CACM) University Teknologi Malaysia Skudai Johor pada 23 April 2019. CACM UTM banyak terlibat dengan kajian ilmiah mengenai polimer komposit, biokomposit, gentian semula jadi seperti kenaf, daun nenas, serat hampas tebu, rumput gajah dan banyak lagi. Selain itu, CACM juga menghasilkan produk Eco-care Drainage System dan monkey trap. Diharap Lawatan ini akan membentuk kerjasama pintar antara ADTEC Taiping dan CACM UTM.