DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA SERAMIK
Bahagian Teknologi Bahan Termaju Seramik (DaCEM) telah ditubuhkan pada tahun 2013 di ADTEC Taiping, Perak.I a menawarkan program dalam bidangTeknologi Kejuruteraan Seramik. Program ini merangkumi prinsip dan operasi mesin, pencirian bahan, peralatan, proses pembuatan, penyediaan bahan seramik dan teknologi rekabentuk berbantu komputer. Sekurang-kurangnya minimum tiga tahun atau 6 semester diperlukan untuk melengkapi program ini.Graduan yang telah menamatkan kursus pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia (Advanced Ceramics Production). Program ini diiktiraf oleh JPK.
Program ini member tumpuan kepada pendedahan industri, melalui penglibatan langsung sector perindustrian. Program ini menyediakan graduan dalam dunia kerjaya sebagai penolong jurutera mahir/ juruteknik dalam industri berkaitan bidang teknologi seramik dan bahan. Program tiga tahun ini memberi penekanan khusus kepada bidangteknologi penekanan serbuk dengan pendedahan berharga berkaitan teknik penekanan serbuk, tekan panas, tekan isostatic panas dan teknik tekan isostatic sejuk, yang sangat diperlukan oleh pihak industri.

 

FaLang translation system by Faboba