DIPLOMA TEKNOLOGI JAMINAN KUALITI

BAHAGIAN TEKNOLOGI JAMINAN KUALITI

JABATAN PEMBUATAN & BAHAN TERMAJU

 

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

SYARAT KELAYAKAN

  1. LULUSAN SPM
  1. LULUS SPM dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik
  • Mana-mana SATU (1) mata pelajaran lain selain di atas.
  1. LULUSAN STPM
  1. LULUS STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran dan LULUS di peringkat SPM bagi mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik
  • Mana-mana SATU (1) mata pelajaran lain selain di atas.
  1. LULUSAN STAM
  1. LULUS STAM pangkat MAQBUL, dan LULUS di peringkat SPM bagi mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik
  • Mana-mana SATU (1) mata pelajaran lain selain di atas.

 

SYARAT KEMASUKAN LAIN

  1. LULUSAN IKM/ILKA/ILKS/Kolej Komuniti

Lulus Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50 dan LULUS di peringkat SPM bagi mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik
  • Mana-mana SATU (1) mata pelajaran lain selain di atas.
  1. LULUSAN SKM

LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan memiliki SPM DAN LULUS bagi mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik
  • Mana-mana SATU (1) mata pelajaran lain selain di atas.

SINOPSIS PROGRAM

Program ini dirangka bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dalam bidang Teknologi Jaminan Kualiti. Silibus yang dibangunkan menepati keperluan yang dikehendaki di industri terutamanya dalam bidang mekanikal dan pembuatan. LIMA (5) teras utama telah disusun bagi melahirkan pelajar yang memenuhi kehendak industri:

  1. Pemeriksaan menggunakan alat berketepatan tinggi
  2. Pengujian produk memenuhi pematuhan piawaian
  3. Tentukuran dan analisis pada peralatan pengukuran
  4. Penetapkan standard dan keperluan pelanggan
  5. Penyelesaian menggunakan peralatan kualiti yang cekap

STRUKTUR PROGRAM

Pelajar akan diberi pendedahan dan mempelajari subjek-subjek berikut:

 

  • TAHUN PERTAMA:

Subjek teras

  1. Asas Teknologi Bengkel (Fundamentals of Workshop Technology)
  2. Peralatan Pengukur Ketepatan (Precision Measuring equipments)
  3. Tujuh Alat Kawalan Kualiti (7 QC Tools)
  4. Ujian Musnah (Destructive testing)
  5. Penerimaan Persampelan (Acceptance Sampling)
  6. Prosedur Operasi Standard Jaminan Kualiti (Quality Assurance Standard Operating Procedure)

Subjek umum

  1. Core Ability Tahap 1 & 2
  2. Fizik (Physics)
  3. Matematik (Mathematics)
  4. Aplikasi Komputer
  5. Pendidikan islam / moral (Islamic education)
  6. Bahasa Inggeris komunikasi (Communication english)
  7. Kokurikulum (Co –curriculum)

 

  • TAHUN KEDUA:

Subjek teras

  1. Pengurusan Lean (Lean Managemant)
  2. Ujian Tanpa Musnah (Non Destructive testing)
  3. Kawalan Proses Statistik (Statistical Process Control (SPC)
  4. Mesin Pengukuran Koordinaat (Coordinate Measuring Machine (CMM)
  5. Tentukuran Peralatan Pengukuran (Measuring Equipment Calibration)
  6. Mod Kegagalan dan Analisis Kesan (Failure Modes And Effects Analysis (FMEA)
  7. Projek Tahun Akhir 1

Subjek umum

  1. Core Ability Tahap 3
  2. Matematik (Mathematics)
  3. Pendidikan islam / moral (Islamic education)
  4. Bahasa Inggeris komunikasi (Communication english)
  • TAHUN KETIGA:
  1. Pengauditan Kualiti Dalaman (Internal Quality Auditing)
  2. Analisis Sistem Pengukuran (Measurement System Analysis (MSA)
  3. Jaminan Kualiti Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service Quality Assurance (QA)
  4. Bulatan Kawalan Kualiti atau Bulatan Inovatif & Kreatif (Quality Control Circle (QCC) or Innovative & Creative Circle (ICC)
  5. Penambahbaikan Proses dengan Reka Bentuk Eksperimen (Process Improvement with Design of Experiment (DOE)
  6. Pemahaman dan Pengetahuan mengenai Sistem Pengurusan Kualiti (Understanding and knowledge on Quality Management System (QMS)
  7. Final Year Project 2
  8. Core Ability Tahap 4

MESIN DAN PERALATAN

Di bahagian Jaminan Kualiti memiliki peralatan dan mesin yang berteknologi tinggi yang digunakan di industri antaranya ialah;

Precision instruments 0.001mm

Vertical Optical Measuring machine  with Quadra check 200 – ST Industries

Universal Microscope Measuring machine – MAHR

Surface Roughness machine – TSK Surfcom

Gauge block comparator – Mitutoyo

Coordinate measuring machine (CMM) – Wanzel

Portbale Coordinate machine – Romer Arm

Computer Numerical Control (CNC) Lathe – Takisawa

Computer Numerical Control (CNC) Milling – Meltech

PROSPEK KERJAYA

  1. Juruteknik Kawalan Kualiti (QC) – Bertanggungjawab untuk memeriksa dan menguji bahan atau produk siap untuk memastikan memenuhi piawaian syarikat berkenaan.
  2. Juruteknik Jaminan Kualiti (QA) – Bertanggungjawab untuk membantu memudahkan memenuhi keperluan jaminan kualiti dan pematuhan pada pengeluaran produk.
  3. Juruteknik metrologi – Membuat tentukuran, pengujian dan analisis pada peralatan pengukuran dan memastikan memenuhi keperluan piawaian antarabangsa.
  4. Juruteknik ujian – Membuat pengujian produk untuk memastikan prestasi, pematuhan dan keselamatan pengguna. Melaporkan penemuan hasil ujian kepada jurutera dan penyelidik dan pembangun produk.
  5. Juruteknik penyelenggaraan – Memeriksa pendawaian, membaiki paip, menyelesaikan masalah peralatan dan memasang peralatan baharu. Mendokumenkan maklumat suhu, kelembapan dan sistem kawalan bagi memastikan keselamatan dan mengenal pasti pencegahan yang boleh dilakukan sebelum kerosakan jentera.
  6. Juruteknik audit - Menjalankan audit dan menyelaraskan piawaian pada jabatan yang berbeza, menjana laporan tentang penemuan mereka dan mencadangkan strategi yang boleh membantu syarikat kekal dalam pematuhan dengan lebih mudah.

 

PROSPEK MELANJUTKAN PENGAJIAN

 

Graduan yang menamatkan pengajian dengan cemerlang boleh menyambung pengajian di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Universiti Teknikal awam dan swasta. Antara ILKA dan universiti yang menawarkan adalah seperti berikut;

  1. Jepun Malaysia Technical Institute (JMTi), Pulau Pinang – Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Teknologi Pembuatan Tahap 5
  2. Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Selangor – Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional (DLPV) Teknologi Pengeluaran Tahap 5
  3. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MiTEC, Johor – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kualiti denagn Kepujian
  4. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Mekanikal (Pemesinan) dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Mekanikal (Pembangunan Produk) dengan Kepujian.
  5. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian
  6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang – Ijazah Sarjana Muda Mekanikal dengan Kepujian
  7. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Teknikal dan Vokasional dengan Kepujian

TAJAAN & BIASISWA

    PTPK, JPA, Baitulmal, SUK Negeri, Yayasan Negeri, Yayasan Bank Rakyat.

 

jk1  
jk2  
jk3  
jk4  
jk5  
FaLang translation system by Faboba