SOALAN 1
Bagaimanakah permohonan kemasukan ke ADTEC Taiping boleh dibuat?
 

Bagi Permohonan Kursus Sepenuh Masa: Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/online) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (upu.mohe.gov.my) bagi sesi kemasukan Januari atau Julai. Bagi permohonan melalui Laman Web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui kaunter BSN.

Permohonan juga boleh dibuat secara terus ke ADTEC Taiping dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuatturun disini.

atau

Permohonan juga boleh dibuat secara terus ke ADTEC Taiping dengan mengisi borang permohonan secara online. Klik disini.

 

SOALAN 2

Berapakah yuran pengajian bagi kursus sepenuh masa di ADTEC Taiping?

Yuran Pengajian:

i) Diploma : RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)

ii) Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM400-RM500 tertakluk kepada institut)

 

SOALAN 3

Apakah kursus yang ditawarkan di ADTEC Taiping?

 

A)Terdapat tujuh kursus sepenuh masa Diploma Teknologi Perindustrian (DTP) yang ditawarkan iaitu :

a) Diploma Teknologi Perindustrian Mekatronik

b) Diploma Teknologi Perindustrian Jaminan Kualiti

c) Diploma Teknologi PerindustrianKomputer

d) Diploma Teknologi PerindustrianMikroelektronik

e) Diploma Teknologi Perindustrian Komposit

f) Diploma Teknologi PerindustrianPolimer

g) Diploma Teknologi PerindustrianMekanikal (Bahan)



B)Terdapat tujuh kursus sepenuh masa Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang ditawarkan iaitu :

a) Diploma Kemahiran Malaysia  Mekatronik

b) Diploma Kemahiran Malaysia Jaminan Kualiti

c) Diploma Kemahiran Malaysia Komputer

d) Diploma Kemahiran Malaysia Mikroelektronik

e) Diploma Kemahiran Malaysia Komposit

f) Diploma Kemahiran Malaysia Polimer

g) Diploma Kemahiran Malaysia Seramik

 

SOALAN 4

Adakah program yang dilaksanakan di ADTEC Taiping ini diiktiraf oleh badan kerajaan ?

Ya, bagi program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) diiktiraf oleh JPK.

Semua kursus kamahiran yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK - nama dulu MLVK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.

 

SOALAN 5

Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM?

JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.

FaLang translation system by Faboba