5 Mac 2019, Perbincangan Pembangunan IR4.0 ADTEC-IDR
Satu pertemuan dan perbincangan di antara ADTEC Taiping dan Institut Darul Ridzuan berkaitan pembangunan IR4.0 telah diadakan di IDR, Ipoh. Pertemuan diwakili oleh En. Sarudin dari bahagian Mikroelektronik, En. Hafiz Young dan En. Mohd Firdaus dari bahagian Komputer. Pertemuan ini turut disertai Pegawai Eksekutif IDR Dr. Mazalan Kamis. Tujuan pertemuan ini adalah untuk membincangkan pembangunan makmal berteraskan IR 4.0 di bahagian Teknologi Komputer dan bahagian Mikroelektronik.