16 Mei 2023
Pihak ADTEC Taiping telah menandatangani MoC dengan Pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Universiti Sains Malaysia. Jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak telah dilaksanakan dalam beberapa aktiviti bersama Bahagian Teknologi Mikroelektronik, ADTEC Taiping antaranya Kursus Jangka Pendek (KJP) Photolithography, Training Cum Production (TCP) dalam Kajian Penyelidikan, Perkongsian Kepakaran serta peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah.
Diharapkan jalinan kerjasama akan diteruskan pada masa - masa akan datang.