Pengumuman

PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI(ADTEC) TAIPING adalah salah sebuah institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Kami menawarkan pengajian di peringkat Diploma kepada para pelajar lepasan SPM dan SKM.

 

Ipex Kembali

Diucapkan semoga semua urusan para pelajar yang terlibat dengan IPEX sesi 2.2024 dipermudahkan dan berjaya dengan projek masing-masing.

 

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 1/2025

Kursus Yang Ditawarkan bagi LEPASAN SPM:
🔬 Diploma Teknologi Jaminan Kualiti
🔬 Diploma Teknologi Komposit
🔬 Diploma Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan)
🔬 Diploma Teknologi Mikroelektronik

Kursus Yang Ditawarkan bagi LEPASAN SKM TAHAP 3:
🔬 Diploma Teknologi Komputer (Sistem)

📌 📝PERMOHONAN KEMASUKAN KE ADTEC TAIPING, PERAK
klik di pautan >> https://sites.google.com/adtectaiping.edu.my/bppl-adtec-taiping/home

Sebarang pertanyaan❓, boleh hubungi melalui Whatsapp Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
📡 05-8012600

 

 

eKJP (KURSUS JANGKA PENDEK)

 
 
 

HUBUNGI KAMI:

Telefon :  05-8012600/05-8012601

Email    : adtectaiping@jtm.gov.my

DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MIKROELEKTRONIK


Bahagian Kejuteraan Mikroelektronik Kejuruteraan (DoME) telah ditubuhkan pada tahun 2013. Program-program yang ditawarkan adalah Diploma Kejuruteraan Mikroelektronik dan Diploma Kemahiran Malaysia (IC Packaging). Dome adalah unik dengan ciri-ciri ia tersendiri dimana ia memiliki kemudahan makmal yang dikenali sebagai cleanroom. Makmal ini adalah satu-satunya cleanroom di Malaysia di mana pelajar didedahkan dengan persekitaran cleanroom fasa diperingkat awal. Pendedahan ini memberikan kelebihan kepada pelajar DoME berbanding dengan pelajar-pelajar daripada institusi / universiti lain.

Kurikulum program yang telah direka bertujuan untuk memberi keperluan berpengetahuan yang mahir sebagai pembantu jurutera / juruteknik selari dengan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Negara Malaysia. Program ini memberi tumpuan kepada pendedahan industri, melalui penglibatan secara langsung dengan sektor perindustrian. Program selama tiga tahun ini memberi penekanan kepada:

1) Reka bentuk litar bersepadu (IC) -(IC design)dan Fabrikasi IC - (IC fabrication)
2) Teknologi Semikonduktor - (semiconductor technology)
3) Teknologi Proses Mikropembikinan (microfabrication process technology)
4) Pembungkusan IC (IC packaging)
5) Microelectronic Reliability and Failure Analysis

FaLang translation system by Faboba