Pengumuman

ADTEC JTM KAMPUS TAIPING adalah salah sebuah institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Kami menawarkan pengajian di peringkat Diploma kepada para pelajar lepasan SPM dan SKM.

_____________________________________________________________________

 

Warga ADTEC Taiping mengucapkan "Selamat Datang" kepada semua guru,pelajar dan hadirin yang menjayakan Karnival Pendidikan Kerjaya Murid(SUKSES) Peringkat negeri Perak di ADTEC JTM Kampus Taiping pada 19-20 Ogos 2025 (Selasa -Rabu).
Selamat Datang kami ucapkan dan semoga anda semua menerima ADTEC Taiping dengan hati terbuka.

_____________________________________________________________________ 

 

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2025

Kursus Yang Ditawarkan bagi LEPASAN SPM:
🔬 Diploma Teknologi Jaminan Kualiti
🔬 Diploma Teknologi Komposit
🔬 Diploma Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan)
🔬 Diploma Teknologi Mikroelektronik
🔬 Diploma Teknologi Mekatronik

Kursus Yang Ditawarkan bagi LEPASAN SKM TAHAP 3:
🔬 Diploma Teknologi Komputer (Sistem)
🔬 Diploma Teknologi Polimer

📌 📝PERMOHONAN KEMASUKAN KE ADTEC TAIPING, PERAK
klik di pautan >> https://sites.google.com/adtectaiping.edu.my/bppl-adtec-taiping/home

Sebarang pertanyaan❓, boleh hubungi melalui Whatsapp Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
📡 http://www.wasap.my/+6058012600

 ___________________________________________________________________

 

eKJP (KURSUS JANGKA PENDEK)
__________________________________________________________________
 
 
__________________________________________________________________

HUBUNGI KAMI:

Telefon :  05-8012600/05-8012601

Email    : adtectaiping@jtm.gov.my

DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN SERAMIK
 
Sukatan latihan untuk program Diploma Teknologi Kejuruteraan Seramik dibangunkan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) bagi peringkat Diploma Teknologi dan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Skills Standard (NOSS), MT-020-4 Advanced Ceramics Technical Administration bagi Diploma Kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

 Terdapat 4 teras pembelajaran dalam bidang Teknologi Bahan Termaju (Seramik) yang berasaskan pengetahuan & kemahiran yang merangkumi seperti berikut:

1. Konsep Bahan Mentah Berasaskan Seramik

i. Bahan Mentah Seramik (Konvensional): Lempung seperti kaolin, tanahliat bebola, , Silika seperti kuartza & Fluks seperti feldspar dan neflin sianit.

ii. Bahan Seramik Termaju: Seramik Oksida seperti alumina (Al2O3), titania (TiO2), zirkonia (ZrO2), silika (SiO2), yttria (Y2O3); Seramik Nitrida seperti boron nitrida, silikon nitrida (Si3N4); seramik karbida seperti silikon karbida (SiC).

 

2. Teknologi Pemprosesan & Fabrikasi

i. Tuangan slip, pembentukkan plastik (penjelukkan & penjorongan) , pembentukkan serbuk (sembur kering), penekanan serbuk.

ii. Silk screen printing.

iii. Pembuatan licau.

 

3. Rekabentuk Produk & Acuan (Manual & berbantukan komputer)

i. Technical drawing (manual).

ii. AutoCAD.

iii. Solidwork.

 

4. Pengujian & Analisa Bahan

i. Ujian mekanikal.

ii. Pencirian Bahan.

 

FaLang translation system by Faboba