DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL(PEMPROSESAN BAHAN)

BAHAGIAN TEKNOLOGI MEKANIKAL BAHAN

JABATAN PEMBUATAN & BAHAN TERMAJU

 

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

 

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM dalam mata pelajaran berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Sejarah
  3. Matematik
  4. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain selain di atas.

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran DAN LULUS di peringkat SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Sejarah
  3. Matematik
  4. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain selain di atas.

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul; DAN LULUS di peringkat SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Sejarah
  3. Matematik
  4. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain selain di atas.

 

 

SYARAT KEMASUKAN LAIN

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS/Kolej Komuniti

Lulus Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50 DAN LULUS di peringkat SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Sejarah
  3. Matematik
  4. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain selain di atas.

LULUSAN SKM

LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan memiliki SPM DAN LULUS bagi mata pelajaran berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Sejarah
  3. Matematik
  4. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain selain di atas.

 

SINOPSIS PROGRAM

Program selama 3 tahun ini disediakan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran dalam teknologi mekanikal dengan pengkhususan kepada bidang berkaitan bahan seperti Program berorientasikan kemahiran ini dijangka akan menyediakan graduan yang berkebolehan dan profesional dalam menguasai pelbagai aspek teori dan amali khususnya dalam bidang bahan. Antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari adalah merangkumi konsep bahan, teknologi pemprosesan dan pengeluaran produk berasaskan bahan seramik termaju, polimer, komposit dan juga teknologi fabrikasi semikonduktor. Para pelajar juga akan didedahkan kepada rekabentuk bahan dan produk, rekabentuk dan fabrikasi acuan, penyelenggaraan mesin dan asas baikpulih komponen, metrologi dan pengukuran, kawalan dan jaminan kualiti produk serta pengujian/pencirian dan analisa bahan dan produk. Di samping itu, para pelajar bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan teknikal, malah mereka akan didedahkan dengan kemahiran insaniah bagi menyediakan bakal graduan sebelum memasuki alam pekerjaan atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi samada di dalam mahupun ke luar negara.

 

 

 

KANDUNGAN STRUKTUR PROGRAM

PROGRAM VK08: DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (PEMPROSESAN BAHAN)

 

Program struktur

 

MESIN DAN PERALATAN

(PEMPROSESAN/ FABRIKASI/ REKABENTUK, PENGUKURAN)

Spray drying machine, roller head machine, ball mill, uniaxial press machine, powder press machine, hot press (HP) machine, cold isostatic press (CIP) machine, hot isostatic press (HIP) machine, drying oven, high temperature sintering furnace, surface grinding, plastic injection molding, plastic resin compounder, extrusion machine, pultrusion machine, prototyping machine (3D printer), coordinate measuring machine (CMM)

 

ALAT PENGUJIAN & PENCIRIAN BAHAN

Universal testing machine (UTM), pendulum impact testing machine, microhardness testing machine, viscometer, sieve shaker, precision electronics balance, X-ray diffractometer (XRD), X-ray fluorescent (XRF) spectrometer, thermogravimetry (TG) - differential thermal analysis (DTA), dilatometer, optical microscope, optical microscope with image analyzer, scanning electron microscope (SEM).

 

PROSPEK KERJAYA

Penolong Jurutera, Penolong Pegawai, Pembantu Teknologi, Penyelia Pengeluaran, Juruteknik Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Penyelenggaraan, Juruteknik Pengeluaran, Juruteknik R&D, Juruteknik QA/QC, Eksekutif Teknikal, Eksekutif Perancangan dan Kawalan, Perekabentuk Produk, Juruteknik CAD/CAM, Pelukis Pelan, Pengajar Teknikal dan Teknousahawan.

Graduan juga boleh menceburi kerjaya dalam perkhidmatan sektor awam seperti Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Penyelidik atau menganggotai badan beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan sebagainya.

 

PROSPEK MELANJUTKAN PENGAJIANPROSPEK MELANJUTKAN PENGAJIAN

Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

• Ijazah Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) Biosumber, Universiti Sains Malaysia (USM).

• Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Bahan), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

• Bacelor Sains Bahan dengan Kepujian, Universiti Putra Malaysia (UPM).

• UR6543001 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemprosesan Bahan), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

• UR6521004 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

• UR6521006 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Proses dan Teknologi), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Malaysia Pahang (UMP)

• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri, Universiti Malaysia Pahang (UMP)

• Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan), Universiti Malaysia Pahang (UMP)

• Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang (UMP)

• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Polimer, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

• Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

• Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

• Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia (UUM).

• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

• Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Bahan dan Teknologi, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk dan Teknologi) dengan Kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Rekacipta) dengan Kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangjaian Bekalan) dengan Kepujian, Politeknik Ungku Omar (PUO).

 

TAJAAN & BIASISWA

  • PTPK, JPA, Baitulmal, SUK Negeri, Yayasan Negeri, Yayasan Bank Rakyat
MB2
 

 

 

mb

 

 

mesin

MB3

FaLang translation system by Faboba