DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KOMPUTER
PENGENALAN KURSUS:
Kursus ini menawarkan latihan teori dan amali yang menumpukan pembentukan pengetahuan serta kemahiran dalam teknologi komputer sistem. Sepanjang tempoh latihan pelatih akan didedahkan secara teori dan amali kepada perkembangan teknologi terkini yang merangkumi pembangunan dan rekabentuk sistem dan rangkaian komputer, penggunaan komputer di dalam operasi perniagaan, telekomunikasi, pemprosesan imej, pembangunan dan rekabentuk perisian komputer serta mampu menyelanggara, membaikpulih dan sebagainya.
Di penghujung kursus, graduan mesti boleh menyediakan keperluan pengguna, keperluan rangkaian, keperluan kemudahan dan keperluan sumber manusia menggunakan peralatan, bahan dan kaedah yang bersesuaian. Graduan juga boleh melaksanakan kerja-kerja konfigurasi, menguji, memulih, menyelenggara dan menaiktaraf sistem komputer. Selain itu, ia juga menekankan aspek dokumentasi teknikal dalam pengurusan projek berkaitan komputer sistem
KELAYAKAN MASUK:
Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 45 tahun dan mempunyai kelulusan akademik berikut :
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia-Vokasional (SPMV) atau setaraf dan lulus Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Subjek Teknikal dan Bahasa serta
KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori
TEMPOH LATIHAN
Tempoh latihan sepenuh masa selama 3 tahun
PELUANG KERJAYA:
Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang komputer sistem. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai pembantu jurutera, pembantu pentadbir sistem, penyelia atau juruteknik sistem komputer.
Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam sektor pengkomputeran seperti penghasilan iklan ,perisian multimedia dan laman web.Selari dengan perkembangan Multimedia Super Coridor (MSC) peserta kursus dalam bidang ini dijangka tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan baik.
PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).
KEMUDAHAN LATIHAN
Bagi menampung keperluan kursus, beberapa makmal yang menyediakan kemudahan-kemudahan peralatan dan ruang untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang tertentu disediakan. Antara kemudahan makmal yang disediakan adalah makmal Programming, makmal Database, makmal Perkakasan, makmal Perisian Bilik Server dan lain-lain.