DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN JAMINAN KUALITI


PENGENALAN PROGRAM:

Kursus ini memberi penekanan berkaitan asas kejuruteraan, aktiviti pemeriksaan kualiti dan jaminan kualiti input/output pembuatan supaya menepati spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan, mempelajari kaedah pemeriksaan berketepatan tinggi, kaedah mengenalpasti kecacatan produk, kemahiran merancang dan mengambil tindakan susulan kepada masalah kualiti, kemahiran menulis laporan pemeriksaan dan bertindak terhadap maklumbalas serta aduan berkaitan dengan kualiti pembuatan serta pendedahan terhadap konsep dan teknik kualiti.

Dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari subjek berkatian Metrologi dan Kalibrasi, pengujian bahan, Asas Fabrikasi, Lukisan Kejuruteraan, Asas proses pembuatan, Prosedur dan Pengurusan Kualiti, Kajian Bahan, Sistem Kawalan Kualiti Industri disamping subjek Penyeliaan dan Pengurusan.

Di akhir kursus, pelajar mesti boleh menggunakankan alat-alat pengukuran, mengambil bacaan, menganalisa masalah dan menyelesaikan masalah menggunakan alat-alat kualiti. Pelajar juga boleh menggunakan mesin cnc, mesin larik dan sebagainya untuk menghasilkan produk serta dapat menguji produk menggunakan alat-alat pengujian yang telah disediakan.

 

PENGAMBILAN

Januari / Julai   (Tertakluk kepada perubahan)


JANGKAMASA LATIHAN

Tempoh latihan sepenuh masa selama 3 tahun

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).


KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori 


KEMUDAHAN LATIHAN
Bagi menampung keperluan kursus, beberapa makmal yang menyediakan kemudahan-kemudahan peralatan dan ruang untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang tertentu disediakan. Antara kemudahan makmal yang disediakan adalah  makmal Jitu, makmal CNC, makmal Metrology Lanjutan, makmal CMM dan makmal Elektro-mekanikal dan makmal Komputer.


PROSPEK KERJAYA:
Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang jaminan kualiti.

Peluang pekerjaan bidang ini terdapat kebanyakkannya di industry pembuatan dan perkhidmatan terutamanya sebagai Penolong Jurutera Jaminan Kualiti. Peserta kursus dalam bidang ini dijangka tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan yang lumayan.

FaLang translation system by Faboba