19 April 2019, Pengauditan Pengurusan Kuarters
Pengauditan terhadap pengurusan kuarters dari Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Sumber Manusia selama 5 hari telah diadakan bermula pada 15/4/19-19/4/19. Seramai 4 orang Pegawai Unit Audit Dalam yang menjalankan pengauditan tersebut. Objektif pengauditan adalah untuk menentukan sama ada Pengurusan Kuarters telah dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.