12 April 2019, Program pemberian bantuan berupa keperluan harian oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

 

Program pemberian bantuan berupa keperluan harian oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC Taiping dan pemberian derma dari Bahagian Komputer pada 12 April 2019 (Jumaat) kepada Puan Haslizah Ibrahim, yang mana anaknya, Nour Rabiatul Adawiyyah Iman terlantar sejak dari usia 4 tahun berikutan mengalami beberapa penyakit kronik. Adik Adawiyyah sejak umur setahun telah disahkan menghidap sakit saraf serta asma, dan pada Mac lalu pula disahkan mengalami sawan dan ketumbuhan pada otak, kini hanya terlantar dan tidak dapat berjalan dan bercakap seperti rakan sebayanya.

Kami mendoakan agar Adik Adawiyyah dikembalikan kesihatan seperti asal dan semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan keluarga beliau.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini dalam bentuk barangan atau kewangan boleh merujuk maklumat berikut:

Akaun:
BSN 0890 0410 0009 6805
Haslizah Bt Ibrahim (Ibu)

Tel : 01157605916

Lokasi:
No 21, Jalan LB 1/15, Lembah Beriah, Bagan Serai, Perak.

2

3

 

FaLang translation system by Faboba