DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA KOMPOSIT

PENGAMBILAN

Januari / Julai   (Tertakluk kepada perubahan)


JANGKAMASA LATIHAN
Tempoh latihan sepenuh masa selama 3 tahun

 

PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori 


KEMUDAHAN LATIHAN
Bagi menampung keperluan kursus, beberapa makmal yang menyediakan kemudahan-kemudahan peralatan dan ruang untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang tertentu disediakan. 

 

PROSPEK KERJAYA:

Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang komposit

Peluang pekerjaan bidang ini terdapat kebanyakkannya di industri pembuatan dan perkhidmatan terutamanya sebagai Juruteknik Komposit.  Peserta kursus dalam bidang ini dijangka tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan yang lumayan.
 

Bidang.

Penolong jurutera, penolong pegawai, pembantu teknologi, penyelia pengeluaran, eksekutif teknikal, juruteknik penyelenggaraan, juruteknik pengeluaran, juruteknik R&D, juruteknik QA/QC, perekabentuk produk, pegawai perancangan dan kawalan, pelukis pelan, teknousahawan, penyelidik, juruteknik kejuruteraan bahan termaju, juruteknik penyelenggaraan, juruteknik CAD/CAM, juruteknik R&D, pengajar teknikal dan usahawan teknikal. Di antara bidang yang berkaitan dengan kerjaya komposit adalah seperti:

1. Aeroangkasa

2. Senibina

3. Automotif

4. Tenaga

5. Prasarana

6. Marine

7. Paip & Tangki

8. Sukan & Rekreasi

9. Pengangkutan

10. Minyak and gas

11. Perubatan

Graduan juga boleh memohonkerjaya dalam perkhidmatan sektor awam seperti Penolong Pegawai Latihan Vokasional,Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan sebagainya.

 
 

 

FaLang translation system by Faboba