Terdapat 4 teras pembelajaran dalam bidang Teknologi Bahan Termaju (Seramik) yang berasaskan pengetahuan & kemahiran yang merangkumi seperti berikut:
1. Konsep Bahan Mentah Berasaskan Seramik
i. Bahan Mentah Seramik (Konvensional): Lempung seperti kaolin, tanahliat bebola, , Silika seperti kuartza & Fluks seperti feldspar dan neflin sianit.
ii. Bahan Seramik Termaju: Seramik Oksida seperti alumina (Al2O3), titania (TiO2), zirkonia (ZrO2), silika (SiO2), yttria (Y2O3); Seramik Nitrida seperti boron nitrida, silikon nitrida (Si3N4); seramik karbida seperti silikon karbida (SiC).
2. Teknologi Pemprosesan & Fabrikasi
i. Tuangan slip, pembentukkan plastik (penjelukkan & penjorongan) , pembentukkan serbuk (sembur kering), penekanan serbuk.
ii. Silk screen printing.
iii. Pembuatan licau.
3. Rekabentuk Produk & Acuan (Manual & berbantukan komputer)
i. Technical drawing (manual).
ii. AutoCAD.
iii. Solidwork.
4. Pengujian & Analisa Bahan
i. Ujian mekanikal.
ii. Pencirian Bahan.