πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπŽππ•πŽπŠπ„π’π˜π„π πˆπ‹π‰π“πŒ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 πŒπ€ππ”π’πˆπ€ πŠπ„ πŸπŸ” 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ‘ | 14 -15 πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ‘ | πŒπ€π„ππ’ 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆

Seramai 6519 graduan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) telah berjaya menamatkan pengajian dan layak dianugerahkan Diploma Lanjutan, Diploma dan Sijil pada Majlis Konvokesyen kali ini.
Majlis Konvokesyen ini meraikan graduan dari 32 kampus ILJTM di seluruh negara iaitu dari Institut Teknikal Jepun-Malaysia, 8 kampus Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan 23 kampus Institut Latihan Perindustrian (ILP).
Graduan dari ADTEC Taiping adalah seramai 197 orang bagi sesi keluaran 2/2022 dan sesi keluaran 1/2022 adalah 51 orang.

Perasmian Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Kali Ke-26 Tahun 2023 akan disempurnakan oleh YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia pada 14 Ogos 2023.
Graduan–graduan ini adalah terdiri dari lulusan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di ILJTM bidang kluster TVET seperti ICT, Sivil, Elektronik, Kimpalan, Pembuatan, Percetakan, Pengangkutan, Pengeluaran Produk, Penyelenggaraan Elektrik dan Perkhidmatan Kejuruteraan.
Para graduan dari ADTEC Taiping adalah dari Bengkel Komputer, Mekatronik, Jaminan Kualiti, Mikroelektronik, Mekanikal Bahan/Seramik, Polimer dan Komposit.

Tahniah kepada semua graduan yang telah tamat pengajian. Semoga kejayaan mengiringi jejak langkah kaki anda semua.

konvo

konvo

konvo

 

 

FaLang translation system by Faboba