DIPLOMA TEKNOLOGI MEKATRONIK

BAHAGIAN TEKNOLOGI MEKATRONIK

JABATAN ELEKTRONIK DAN KOMPUTER ADTEC TAIPING


 

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

SYARAT KELAYAKAN

  1. LULUSAN SPM
  1. LULUS SPM dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik
  1. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain selain di atas.
  1. LULUSAN STPM
  1. LULUS STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran dan LULUS di peringkat SPM bagi mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik
  1. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain selain di atas.
  1. LULUSAN STAM
  1. LULUS STAM pangkat MAQBUL, dan LULUS di peringkat SPM bagi mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik
  1. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain selain di atas.

 

 

 

 

SYARAT KEMASUKAN LAIN

  1. LULUSAN IKM/ILKA/ILKS/Kolej Komuniti

Lulus Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50 dan LULUS di peringkat SPM bagi mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik

Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain selain di atas.

  1. LULUSAN SKM

LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan memiliki SPM DAN LULUS bagi mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Matematik

Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain selain di atas.

SINOPSIS PROGRAM

Program pembelajaran selama 3 tahun ini disediakan khusus untuk menyediakan pelajar ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terdapat di dalam teknologi Mekatronik yang merangkumi 5 bidang disiplin iaitu Robotik, Mekanikal, Automasi, Pembuatan, Instrumentasi dan Sistem Kawalan yang amat diperlukan oleh industri yang menggunakan sistem automasi. Program yang dijalankan adalah berorientasikan kemahiran dan dijangka dapat melahirkan graduan yang berketerampilan dan profesional yang boleh menguasai pelbagai aspek teori dan amali yang diperlukan dalam bidang Mekatronik. Antara ilmu pengetahuan dan kemahiran yang akan diajar kepada pelajar ialah menghasilkan lukisan teknikal CAD secara 2D dan 3D, memasang litar elektronik, memasang litar elektrik, pertukangan besi, pemesinan, memasang litar pneumatik, memasang litar hidraulik, mengaturcaraan arm robot, mengaturcaraan pengawal mikro, membuat pendawaian dan pengaturcaraan Programmable Logic Controller (PLC). Para pelajar juga akan diajar konsep dan kaedah pemasangan mekanikal yang betul serta cara membuat penyelenggaraan yang betul pada sesebuah mesin automasi termasuk kemahiran troubleshooting dan mencari punca permasalahan pada sesebuah mesin automasi. Selain itu, kemahiran softskill pelajar turut dititikberatkan di mana pelajar turut akan diajar mengenai kemahiraan membuat pembentangan, menyelia dan mengurus aktiviti projek dan aktiviti penyelenggaraan serta perkara berkaitan dengan keselamatan di tempat kerja. Semua kemahiran yang diajar ini dijangkakan dapat menyediakan bakal graduan secukupnya sebelum mereka memasuki alam pekerjaan atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di institusi pengajian tinggi di dalam atau pun di luar negara.

KANDUNGAN SILIBUS

Pelajar akan diberi pendedahan dan mempelajari subjek-subjek berikut:

 

  • TAHUN PERTAMA:

Technical Drawing, Electrical and Electronic Assembly, Mechanical Assembly, Pneumatic and Hydraulic, Basic PLC Programming, Mechanical Workshop Practice, Engineering Drawing (CAD), Electrical and Electronic System Assembly, Mechanical System Assembly, Automation System Calibration, Electro-Pneumatic and Electro-Hydraulic System.

 

  • TAHUN KEDUA:

Automation System Maintenance, Electrical Motor, Advance PLC, Supervisory, Industrial Robot, Computer Programming, Automation System Design, Equipment Maintenance, Project Management, Microcontroller, Industrial Safety, Drive Technology, Final Year Project 1

  • TAHUN KETIGA:

Automation System Installation, Automation System Commissioning, Process Control, Final Year Project 2, Industrial Training.

MESIN DAN PERALATAN

  1. MESIN DAN TRAINING KIT

FESTO Pneumatics Training Equipment, FESTO Hydraulic Training Equipment, Mitsubishi Robot Arm RV-2AJ, Solteq Flow and Level Control Machine, FESTO MPS Distribution Station, FESTO MPS, Sorting Station, FESTO MPS Buffer Station, FESTO MPS Testing Station,  Siemens S7-300 PLC Training Equipment, Omron CP1e PLC, Oscilloscope, Function Generator, Multimeter, Power Air Servo Pneumatic Control Machine, Lucas-Nulle Power Electrical Training Machine, Luca Nulle 3 phase motor Control Machine, Servo Motor Trainer.

 

  1. PERISIAN

Autodesk Inventor, Festo Fluidsim, MatLab, Arduino IDE, Visual Basic C++, Siemens TIA Portal, Omron CX Programmer.

PROSPEK KERJAYA

Penolong Jurutera, Penolong Pegawai, Pembantu Teknologi, Penyelia Pengeluaran, Eksekutif Teknikal, Juruteknik Penyelenggaraan, Juruteknik Pengeluaran, Juruteknik Proses, Juruteknik R&D, Juruteknik QA/QC, Juruteknik Pengaturcaraan, Perekabentuk Produk, Pegawai Perancangan dan Kawalan, Pelukis Pelan, Teknousahawan, Penyelidik, Juruteknik Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Penyelenggaraan, Pelukis Pelan, Juruteknik CAD/CAM, Pengajar Teknikal dan Usahawan Teknikal.

Graduan juga boleh menceburi kerjaya dalam perkhidmatan sektor awam seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan sebagainya.

PROSPEK MELANJUTKAN PENGAJIAN

 

Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteran Elektrik (Teknologi Robotik dan Automasi) dengan Kepujian, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian), Instrumentasi dan Kawalan, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC).
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) Mekatronik, DRB Hicom University of Automotive Malaysia.
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri & Robotik) dengan Kepujian , Universiti Teknikal Malaysia (UTeM).
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Rekacipta) dengan Kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

TAJAAN & BIASISWA

    PTPK, JPA, Baitulmal, SUK Negeri, Yayasan Negeri, Yayasan Bank Rakyat.

 

 

meka1

meka3

meka4

meka2

 

FaLang translation system by Faboba