Cetak

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA MIKROELEKTRONIK


Bahagian Kejuteraan Mikroelektronik Kejuruteraan (DoME) telah ditubuhkan pada tahun 2013. Program-program yang ditawarkan adalah Diploma Kejuruteraan Mikroelektronik dan Diploma Kemahiran Malaysia (IC Packaging). Dome adalah unik dengan ciri-ciri ia tersendiri dimana ia memiliki kemudahan makmal yang dikenali sebagai cleanroom. Makmal ini adalah satu-satunya cleanroom di Malaysia di mana pelajar didedahkan dengan persekitaran cleanroom fasa diperingkat awal. Pendedahan ini memberikan kelebihan kepada pelajar DoME berbanding dengan pelajar-pelajar daripada institusi / universiti lain.

Kurikulum program yang telah direka bertujuan untuk memberi keperluan berpengetahuan yang mahir sebagai pembantu jurutera / juruteknik selari dengan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Negara Malaysia. Program ini memberi tumpuan kepada pendedahan industri, melalui penglibatan secara langsung dengan sektor perindustrian. Program selama tiga tahun ini memberi penekanan kepada:

1) Reka bentuk litar bersepadu (IC) -(IC design)dan Fabrikasi IC - (IC fabrication)
2) Teknologi Semikonduktor - (semiconductor technology)
3) Teknologi Proses Mikropembikinan (microfabrication process technology)
4) Pembungkusan IC (IC packaging)
5) Microelectronic Reliability and Failure Analysis

FaLang translation system by Faboba