Cetak
Kategori: Tentang Kami
Jumlah paparan: 1722

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), yang terletak di Taiping, Perak merupakan salah satu daripada 32 institut latihan JTM yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia(JTM), Kementerian Sumber Manusia(KSM). ADTEC Taiping telah diluluskan dalam RMK 8 dan dibina di atas Lot PT 15643, Kamunting Raya, Mukim Asam Kumbang, Daerah Larut Matang, Perak Darul Ridzuan. ADTEC diserahkan kepada JTM pada 13 Mei 2009 setelah pembinaan siap sepenuhnya.

ADTEC Taiping menawarkan tujuh (7) kursus sepenuh masa peringkat DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN iaitu dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Teknologi Kejuruteraan Jaminan Kualiti, Teknologi Kejuruteraan Komputer, Teknologi Kejuruteraan Mikroelektronik, Teknologi Kejuruteraan Seramik, Teknologi Kejuruteraan Polimer dan Teknologi Kejuruteraan Komposit.


ADTEC Taiping juga menawarkan tujuh (7) kursus sepenuh masa peringkat DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA iaitu dalam bidang Mekatronik, Jaminan Kualiti, Komputer, Mikroelektronik, Seramik, Polimer dan Komposit.

 

Kontraktor : Kamalbina Sdn. Bhd
Tarikh Mula : 16 Mei 2007
Tarikh Siap : 13 Mei 2009
Tempoh Lanjutan : 3 Bulan
Tarikh Siap/Serahan : 13 Ogos 2009 

 

 1 Tandatangan Plat Pecah Tanah   2 Lakaran Artis   3 Pembinaan 1   

       4 Pembinaan 2   5 Pembinaan 3   6 Pembinaan 4

7 ADTEC Siap

 

 

FaLang translation system by Faboba